Sebelum membuat keputusan membeli emas tersebut antara faktor utama yang kita perlu ambil kira adalah:
1) Harga Emas
2) Spread (beza harga beli dan jual balik)
3) Boleh dipajak gadai atau tidak (certain emas e.g Pamp Suisse kalau di buka sarung emas maka kalau kita nak jual balik, additional kiraan tolak harga)
Mari kita tumpukan kepada point ke-2 yang merupakan faktor utama untuk sebarang pembelian emas iaitu spread.
Apakah itu spread?
Spread membawa maksud perbezaan harga antara Harga Jualan (WE SELL/KAMI JUAL) dan harga Belian (WE BUY/KAMI BELI). Tak faham lagi?
Kalau kita nak beli emas, kita akan lihat harga WE SELL dan kalau kita nak jual balik emas tersebut kita akan lihat harga WE BUY.. Mudah di fahami kan ?
So, tidak kisah la apa jenis emas (brand) atau berapa harga yang ditawarkan, sebelum anda decide untuk beli emas tersebut, KIRA DULU BERAPA SPREAD YANG DITAWARKAN.
Semakin KECIL spread semakin CEPAT, BESAR & MAKSIMUM margin keuntungan anda. Jika spread BESAR maka semakin lambat, kecil & MINIMUM margin keuntungan anda.
Semakin KECIL spread semakin CEPAT, BESAR & MAKSIMUM margin keuntungan anda.
Jika spread BESAR maka semakin lambat, kecil & MINIMUM margin keuntungan anda.
No comments:
Post a Comment