Masih ramai yang keliru tentang pelaburan emas ini sebenarnya... Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak melabur? Berapa banyak duit nk dilaburkan? Ramai yang sangkakan pelaburan emas ini macam pelaburan lain seperti ASB, unit trust dan lain-lain. Mereka menyangka pelaburan emas ini dikendalikan oleh orang lain atau bahasa mudahnya, orang tengah. Mereka perlu laburkan sejumlah wang untuk diuruskan oleh orang tengah tersebut, maknanya orang tengah tersebut yang akan menguruskan keuntungan pelaburan yang telah dibuat. Sangkaan mengenai pelaburan emas ini adalah salah.
Perlu diingatkan bahawa EMAS bukanlah produk pokok yang dijamin mahupun akaun berfaedah yang memberi penyimpannya faedah bulanan. Pulangan ke atas EMAS ini berrgantung kepada perubahan harga EMAS semasa. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu tentang simpanan EMAS ini, anda akan berdepan dengan kerugian. Tetapi dengan perkongsian ilmu dari orang yang lebih arif dengan simpanan EMAS ini, InsyaAllah tiada kerugian akan dialami malah keuntungan yang berganda diperolehi kerana tiada penyusutan nilai dari tahun ke tahun sejak 10 tahun lepas. Jadi rajin-rajin lah mendekati orang yang lebih pakar & jangan malu untuk bertanya.
Pada saya, pelaburan emas ini samalah seperti kita membuat simpanan wang dalam akaun simpanan, cuma bezanya wang tersebut kita gunakan untuk membeli emas dan simpan untuk satu jangka masa tertentu. Wang di simpan di dalam akaun, tetapi emas ini kita yang menyimpan. Ramai yang sangkakan apabila kita melabur dalam emas ini, emas itu disimpan oleh orang yang menjual emas tersebut. Tidak sama sekali. Sebenarnya, apabila anda melaburkan wang anda dalam pelaburan ini untuk membeli emas, emas itu adalah menjadi hak milik kekal. Jadi andalah yang menyimpannya dan menghilangkanya jika tidak disimpan dengan elok. Anda jugalah yang menentukan sendiri bila anda akan menjualnya apabila harga emas tinggi untuk mendapat keuntungannya. Bagi saya, pelaburan emas inilah yang paling mudah, kerana anda sendiri yang menentukan keuntungan yang anda inginkan. Jadi, tidak perlu takut ditipu oleh orang ketiga atau bimbang akan kerugian. Anda akan rugi hanya apabila anda menjual emas yang anda beli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang anda beli. Jadi, jika harga emas jatuh, janganlah anda jual emas tersebut. Sekiranya anda benar2 memerlukan wang, anda boleh memajak EMAS anda di mana-mana arrahnu. Jadi wang anda dapat, harta anda masih kekal. Sekiranya anda sudah memiliki wang makan jangan lupa untuk menebus kembali EMAS anda itu.. Sekiranya perlu dijual, juallah apabila harga emas telah melambung tinggi. Barulah anda dapat lihat akan keuntungannya.
Ramai juga yang bimbang apabila melihat harga emas jatuh dalam trend naik turun harga emas. Jika anda telah lihat bagaimana bentuk trend harga emas dunia dalam sejarah, kebimbangan anda akan terjawab kerana harga emas terus meningkat dalam jangka masa panjang. Atas sebab itulah emas adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Janganlah hendakkan keuntungan dalam masa pendek, kerana harga emas ini memang naik dan turun dalam jangka masa pendek. Untuk anda yang fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang, mungkin fikirkan masa depan anak-anak sekolah, zaman persaraan, ingin tunaikan haji, eloklah anda mula menyimpan emas. Mungkin anda fikir emas sekarang mahal, tapi semakin lama anda bertangguh, semakin mahal nak dapatkan emas. Jadi, jangan takut memulakan langkah.... Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Untuk apa kita menyimpan wang ringgit dalam bank untuk jangka masa panjang? Kerana wang ringgit adalah wang fiat yang makin susut nilainya. Lihat saja nilai wang sekarang dengan nilai wang dahulu. Cuba fikirkan dengan RM 10 pada 10 tahun dahulu dan RM 10 sekarang apa yang boleh dapat. Harga barang sekarang dengan harga barang 10 tahun yang dulu sudah tentu tidak sama. Inilah yang dikatakan inflasi. Tapi jika anda menyimpan emas sejak 10 tahun yang lalu? Anda boleh lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun yang lalu.....
Saya adalah dealer GCP yg telah berjaya melahirkan ramai usahawan dan jutawan emas. Hubungi saya IHSAN SABRI LOKMAN (AD2644) No tel 010-2436795 Bersama2 saya melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan jutawan emas muslim. Semoga anda & saya bertambah KAYA dan BERJAYA. Fikir-fikirkanlah.. tetapi jangan fikir terlalu lama.. kerana inilah MASA UNTUK EMAS..kerana MASA ITU EMAS..
Anda buat..anda dapat…(n_n)
No comments:
Post a Comment