Salam..
Bagi seseorang yang baru melibatkan diri dengan EMAS, mari baca artikel ni hasil perkongsian dari sifu saya Jutawangold.com. Dalam artikel ini, anda dapat melihat siapa diri anda. Ketahui ciri-ciri penyimpan emas,pelabur emas dan peniaga emas. Boleh jadi seorang penyimpan emas juga adalah pelabur dan mungkin tidak.Penyimpan emas tidak semestinya simpan sahaja,boleh jadi dia simpan sambil meniaga. Teruskan membaca :
Bagi seseorang yang baru melibatkan diri dengan EMAS, mari baca artikel ni hasil perkongsian dari sifu saya Jutawangold.com. Dalam artikel ini, anda dapat melihat siapa diri anda. Ketahui ciri-ciri penyimpan emas,pelabur emas dan peniaga emas. Boleh jadi seorang penyimpan emas juga adalah pelabur dan mungkin tidak.Penyimpan emas tidak semestinya simpan sahaja,boleh jadi dia simpan sambil meniaga. Teruskan membaca :
Penyimpan emas:
1.Beli untuk simpanan sendiri setelah mendapat kesedaran mengenai simpanan emas.
Pada peringkat ini ada 3 jenis penyimpan emas :
-simpan kerana ada ilmu tentang emas
-simpan kerana ikut-ikut orang lain
-simpan kerana tahu tentang emas, tapi ilmunya belum cukup untuk bertindak dengan lebih baik
2.Biasanya penyimpan tak banyak cerita dengan orang tentang simpanan emas yang dilakukannya tetapi ada juga penyimpan emas yang suka bercerita tentang kebaikan menyimpan emas kepada kenalannya-boleh jadi kalah peniaga emas sebab mereka mempunyai banyak info untuk dikongsikan
3.Sampai satu masa,ada penyimpan emas yang terbuka hati untuk menjadi pengedar disebabkan:
- bila bercerita dengan kenalan,bila mereka hendak membeli,si penyimpan mula terkial-kial,maybe dia akan suggest kan kepada peniaga tempat dia beli dulu…tapi sampai bila?
-dia sedar bahawasanya tidak rugi menjadi penyimpan sambil meniaga emas.
4. Si penyimpan boleh jadi mungkin seorang pelabur, bila masa ia menukarkan emas kepada keperluan, bisnes, aset lain seperti rumah dan hartanah. Namun keutamaan adalah kepada simpanan jangka masa panjang
Pelabur emas:
1. Biasanya pelabur menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata dengan konsep (beli semasa harga rendah,jual semasa harga tinggi)
2.Pelabur biasanya suka mengambil keuntungan untuk jangka masa pendek.Pelabur sedikit yang menjadi penyimpan,tetapi ramai penyimpan menjadi pelabur secara tak langsung apabila menjual emas mereka mengikut keperluan,contohnya mereka yang target menyimpan untuk tabungan pendidikan anak-anak akan menjual emas mereka bila cukup tempoh (anggaran menyimpan dari 1-18 tahun).
3.Sebahagian pelabur juga akan menggandakan simpanan emas melalui :
-jual semasa harga tinggi,beli semula semasa harga rendah
-menjadi peniaga emas untuk menjana lebih keuntungan
Perhatian:Menurut UZAR dalam satu sesi menjawab mengenai trend simpanan emas dalam radio IKIM baru-baru ini,menegaskan simpanan emas haruslah bebas dari spekulasi,dan uruf simpanan emas yang melibatkan spekulasi ialah yang kurang dari 5 tahun.Lebih dari 5 tahun ia sudah menjadi simpanan jangka masa panjang dan merupakan alternatif simpanan terkini dan ia dibenarkan.
Di bawah ialah simpanan emas saya pada tahun 2010.Simpanan emas pertama saya dalam bentuk bar ialah pada awal tahun 2009-Pamp suisse 100g bernilai RM12k (sebenarnya agak mahal kerana syarikat tersebut mengikut harga di web FGJAM,sepatutnya sekitar RM11k sahaja)
Simpanan emas pada tahun 2010- RM48k pada waktu itu
Peniaga emas :
1.Ada 3 kategori peniaga emas :
-menjadi peniaga emas kerana hendak menjual semata-mata dan beroleh keuntungan segera
-menjadi peniaga emas kerana ingin menjadi sebahagian peng”edar ” emas sambil berkongsi info mengenai sebab dan kepentingan menyimpan emas.Fokus utama ialah mendidik masyarakat tenteng kebaikan menyimpan emas,dan biasanya peniaga jenis ini tidak akan kisah jika tidak dapat menjual emas kerana yang penting info telah disampaikan.
-peniaga emas yang kekurangan info,hanya menjual dan memberi info yang kurang tepat kerana malas menuntut ilmu mengenai simpanan emas atau mungkin ada ilmu tetapi malas nak menyampaikannya.
Memang menjadi peniaga emas perlu banyak kesabaran kerana orang ramai masih belum celik emas dek mentaliti yang telah dipupuk sejak kecil (diajar menabung wang kertas, syiling dari kecil dan kejayaan bank meyakinkan orang ramai mereka adalah institusi simpanan yang terbaik, sedangkan tidak ramai yang tahu rahsia bank yang sebenar dan bagaimana mereka buat duit dengan meniagakan wang kertas! )
Kesimpulannya di sini ialah,jadilah penyimpan kerana seorang penyimpan boleh menjadi pelabur dan peniaga dalam satu masa.Dan fokus utama juga lebih kepada simpanan sendiri.Yang kedua-didik dan beri info yang tepat mengenai emas kepada seberapa ramai orang,InsyaAllah ilmu baik yang anda sampaikan selagi ia diamalkan selagi itu anda beroleh pahala berterusan.Anda juga akan beroleh manfaat sekiranya ilmu yang baik itu di “copy paste” oleh orang lain kepada seorang yang lain-begitulah seterusnya.Mudah bukan?
Namun jika anda berada di zon selesa sebagai penyimpan semata-mata,maka saya menggalakkan anda mengkaji tentang simpanan emas dan apa perkaitannya dengan :
-sejarah wang kertas
-sistem monetary
-fractional reserved banking yang diamalkan oleh bank
-matawang islam iaitu dinar dan dirham dan sedikit pembacaan tentang ekonomi (sistem kapitalis vs sistem ekonomi islam)
Maka saya yakin anda akan sedar apa sebenarnya yang anda tidak tahu selama ini dan masa itu saya tidak fikir anda ingin terus menjadi penyimpan semata-mata.Apapun ini adalah pandangan peribadi saya dan jika anda rasa artikel ini bermanfaat maka bolehla diamalkan,jika tidak,lupakan ,dan teruskanlah hidup seperti biasa tanpa bertindak apa-apa untuk berubah. "
Kredit: jutawangold
No comments:
Post a Comment