Monday, 6 February 2012

Adakah Pelaburan Emas Ini Merugikan?????



TSURI - Kajang, Selangor

SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.
Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.
Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.
Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.
Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.
Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.
Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.
Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Link Asal : Utusan Malaysia 30/01/2012

Respon terhadap surat ini :

Hati-hati pilih ejen pelaburan emas

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.
Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.
“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.
Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.
Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.
“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.
“Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya.

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

Pendapat 'Otai-otai' Pelaburan Emas:

1.Tsuri membeli emas di kedai emas (boleh agak kedai emas mana yang dimaksudkan) sewaktu harga mahal.Hakikat yang perlu diketahui,hampir 90% kedai emas di Malaysia menjual emas dengan harga yang lebih mahal dari  syarikat pengeluar emas fizikal.Ramai yang tidak tahu dan tidak berusaha untuk ambil tahu.Sedangkan ,jika dicari info dari internet,memang agak banyak blog tentang emas sekarang dan banyak memberi maklumat mengenai trend menyimpan emas jongkong yang Tsuri maksudkan

2.Tsuri bertindak membuat pelaburan/simpanan emas tanpa ilmu yang cukup.Amatlah tidak wajar menyalahkan kedai emas tersebut,kerana beliau yang kurang membuat kajian berkenaan pelaburan yang hendak dibuat.

3. Inilah gunanya ilmu pelaburan emas. Jangan sombong untuk bertanya dengan sesiapa yang mahir hatta sekarang pun ramai pelajar-pelajar universiti lebih mahir dan tidak akan membeli jongkong emas di kedai-kedai emas yang popular dan gah promosinya

4.Dari satu sudut,mungkin bagus juga pendedahan ini kerana dapat menyedarkan sesetengah pihak yang suka membeli emas jongkong di kedai emas yang mana lebih mahal dari yang ditawarkan oleh syarikat emas fizikal,contohnya seperi syarikat Public Gold( PG) dan Gold Crest Pavilion (GCP) kerana mempunyai kelebihan lain seperti berikut :

a) Harga Jual dan Beli sentiasa mengikut harga pasaran antarabangsa
b) Harga Jual & Beli sentiasa dipaparkan kepada pelanggan di website syarikat , tidak seperti sesetengah kedai emas yang hanya mempamerkan harga jual sahaja tetapi harga belian balik disembunyikan.
c) Spread (perbezaan % harga jual & beli) yang rendah berbanding emas di pasaran.
d) Harga murah jika dibanding dengan harga pasaran kedai emas (FGAM)
e) Dijamin belian balik walaupun calar, bengkok, patah, tanpa tambahan susut nilai asalkan beratnya tetap sama.


5.Saranan yang diberi  amat bagus kerana meminta orang seperti Tsuri lebih berhati-hati memilih ejen kerana ramai ejen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi tanpa memberi info yang tepat kepada pelabur/penyimpan emas.Tetapi sebagai pelabur/penyimpan Tsuri sepatutnya mencari ilmu pengetahuan dulu dalam bidang pelaburan yang hendak disertainya.Simpanan emas juga digalakkan untuk jangka masa panjang,bukan beli hari ini dan jual esok lusa,bulan depan atau tahun hadapan.Kecuali anda mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

6. Berhubunglah dengan agen yang bukan sekadar jual emas tetapi juga perlu memainkan peranan sebagai pendidik untuk berkongsi ilmu berkenaan simpanan emas. Jangan hanya ingin mengejar keuntungan sahaja.. kalau anda tidak menjual emas tu pun masih boleh untung dari peningkatan nilai emas kan..kan ..kan.. (n_n)

Harap kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah benar ini.. jika tidak tahu bertanya.. di laman Facebook pun banyak group-group berkenaan pelaburan emas yang boleh disertai.. untuk menimba ilmu atau perkongsian maklumat berkenaan dengan emas seperti Gold Lot Shop atau Gold Investor Club. (n_n)

Kredit to Saudagar Emas & Jutawangold.com




No comments:

Post a Comment