Mengapa saya memilih GCP

1.   TENTANG GCP




KE ARAH MELAHIRKAN 1000 JUTAWAN EMAS GCP 2012 

PENGENALAN

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas. 

SEPANJANG 3 TAHUN BEROPERASI GCP TELAH BERJAYA MERAIH PENDAPATAN HAMPIR RM100 JUTA dan KINI GCP SEDANG MENYUSUN STRATEGI UTK MELAHIRKAN 1000 JUTAWAN EMAS GCP.
GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas,skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yg menyalahi akta AMLAA, AMLATFA, BAFIA dan SC. 

GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu en. Shamsul anuar b. Md Ali berasal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor & pn. Norliza bt Ngatiman berasal dari Desa Temu Jodoh Segamat yg merupakan bekas guru dan telah berkhidmat selama 11 tahun dlm bidang perguruan. 

Bersandarkan pengalaman mendidik modal insan serta kajian yg dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan utk bergiat secara sepenuh masa dalam industri emas dgn memberi peluang kepada Bumiputra khasnya utk menceburi bidang perniagaan emas. 
Bagi membantu peniaga2 emas di bawah naungan GCP, bantuan modal turut diberikan oleh pihak GCP khususnya kepada peniaga2 yg membuat jualan dalam kuantiti yg banyak. 


PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

VISI

Simpanan emas menjamin masa depan

MISI

Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.

Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .


SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Yuran Keahlian/Pendaftaran: RM1000.00 Seumur Hidup.
(Merangkumi perkhidmatan GCP kepada pengedar untuk seumur hidup serta alatan penimbang,teropong,batu tester dan asid untuk menguji ketulinan emas)


2.   FAEDAH MENJADI PENGEDAR

1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :
HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)


HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)


2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran PERCUMA kepada pengedar walaupun dengan belian 1g GB. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.
6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)
4)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)


7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.
Modul Kursus;
1)Teknik pemasaran
2)Membeli emas terpakai


8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00



3.   PRODUK-PRODUK GCP

      RANTAI TANGAN DAN LEHER EMAS 999
      DINAR EMAS 999.9
      JONGKONG EMAS 999.9
      RANTAI TANGAN DAN LEHER 916









4.   POTENSI KEJAYAAN BERSAMA GCP




Berdasarkan modul kitaran hayat, produk GCP masih berada pada peringkat pengenalan. Buktinya ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan produk GCP, keistimewaan GCP, dan sistem perniagaan yang GCP kendalikan.

Ini bermakna sesiapa yang merebut peluang yang terhidang akan mendapat keuntungan maksima apabila GCP memasuki zon pertumbuhan perniagaan emasnya.


Memiliki barangan emas GCP dengan kos 8% lebih rendah dari harga pasaran membolehkan kita:

·                     Membuat perniagaan emas sepenuh masa, sampingan dengan mendapat keuntungan lebih besar.
·                     Menjadi stok statik yang mempunyai nilai tinggi jika disimpan melebihi minima 3 tahun mengikut harga pasaran semasa.
·                     Bayaran zakat membantu keperluan masyarakat Islam amnya.
·                     Mudah dijual beli
·                     Boleh digunakan sebagai sumber wang naik haji dan paling mengejutkan hasil peninggalan emas di bumi Malaysia, ketika berada di tanah suci, nilai emas sentiasa bertambah-tambah dan berbaloi-baloi.

IHSAN SABRI LOKMAN ADALAH DEALER GCP
(AD 2644) ANDA, HUBUNGI 012-6176464