Thursday, 26 April 2012

JOM SIMPAN PERAK PULAK


Barangkali masih ada di antara kita yang mahu membeli perak atau membuat pelaburan perak berasa khuatir andaikata ia tidak menguntungkan sekiranya tiada pembeli atau tarikan dalam melabur perak.

Seharusnya fikiran sebegini dibuang jauh-jauh kerana perak memang sangat diperlukan dan permintaan terhadap perak amatlah tinggi.

Perak yg available utk dilombong mengikut tahun :

1950    10,000,000,000 oz
1980      3,500,000,000 oz
2010        500,000,000 - 700,000,000 oz


Dari angka diatas, pada tahun 1980, perak yg dpt dilombong telah menyusut sebanyak65% dari tahun 1950 dan pada tahun 2010 ianya terus menyusut sebanyak 86% dari tahun 1980. Penurunan peratusan ini mmg sangat2 membimbangkan tetapi tidak pada mereka yg telah memiliki perak. Kenapa? 

Keperluan industri sekarang terhadap perak yang semakin hari semakin meningkat inilah sebenarnya yang menyebabkan kenaikan harga perak yang mendadak.

Maka, ia cukup jelas menunjukkan pelabur atau pembeli tidak akan rugi, sebaliknya menjanjikan pulangan yang lumayan!

Perak sangat diperlukan di dalam industri,ia merupakan koduktif elektrik yang baik, di dalam kehidupan yang moden ,semua tidak akan wujud jika tiada perak.

Asas ekonomi:

Pengeluaran BerkurangPermintaan Bertambah  =  Harga Meningkat  


Maka, harga perak akan terus melambung kerana permintaan yg tinggi dlm industri serta pengeluaran yang telah menyusut sebanyak 95% sejak 60 tahun lepas. 


Berbanding dgn perak, emas yg dpt dilombong pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak 600% dari tahun 1950. 



Ada yg kata tidak mustahil utk perak lebih bernilai dari emas pada masa hadapan. Tetapi, bagi saya, perak perlulah terlebih dahulu melepasi ratio tertinggi yg pernah dicatatkan iaitu 15:1 sebelum ianya mempunyai peluang cerah utk bernilai sama atau lebih dari emas. 





No comments:

Post a Comment