Thursday, 26 April 2012

JOM SIMPAN PERAK PULAK


Barangkali masih ada di antara kita yang mahu membeli perak atau membuat pelaburan perak berasa khuatir andaikata ia tidak menguntungkan sekiranya tiada pembeli atau tarikan dalam melabur perak.

Seharusnya fikiran sebegini dibuang jauh-jauh kerana perak memang sangat diperlukan dan permintaan terhadap perak amatlah tinggi.

Perak yg available utk dilombong mengikut tahun :

1950    10,000,000,000 oz
1980      3,500,000,000 oz
2010        500,000,000 - 700,000,000 oz


Dari angka diatas, pada tahun 1980, perak yg dpt dilombong telah menyusut sebanyak65% dari tahun 1950 dan pada tahun 2010 ianya terus menyusut sebanyak 86% dari tahun 1980. Penurunan peratusan ini mmg sangat2 membimbangkan tetapi tidak pada mereka yg telah memiliki perak. Kenapa? 

Keperluan industri sekarang terhadap perak yang semakin hari semakin meningkat inilah sebenarnya yang menyebabkan kenaikan harga perak yang mendadak.

Maka, ia cukup jelas menunjukkan pelabur atau pembeli tidak akan rugi, sebaliknya menjanjikan pulangan yang lumayan!

Perak sangat diperlukan di dalam industri,ia merupakan koduktif elektrik yang baik, di dalam kehidupan yang moden ,semua tidak akan wujud jika tiada perak.

Asas ekonomi:

Pengeluaran BerkurangPermintaan Bertambah  =  Harga Meningkat  


Maka, harga perak akan terus melambung kerana permintaan yg tinggi dlm industri serta pengeluaran yang telah menyusut sebanyak 95% sejak 60 tahun lepas. 


Berbanding dgn perak, emas yg dpt dilombong pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak 600% dari tahun 1950. 



Ada yg kata tidak mustahil utk perak lebih bernilai dari emas pada masa hadapan. Tetapi, bagi saya, perak perlulah terlebih dahulu melepasi ratio tertinggi yg pernah dicatatkan iaitu 15:1 sebelum ianya mempunyai peluang cerah utk bernilai sama atau lebih dari emas. 





Saturday, 21 April 2012

Emas fizikal vs Emas mental + 3 kes pelaburan emas



Emas fizikal VS Emas mental
Emas fizikal telah wujud sejak bumi ini dicipta Allah swt . Emas adalah logam yg paling bernilai sejak dari zaman umat terdahulu sampailah semasa umat akhir zaman, skrg ini. Bg pelabur emas fizikal antara ciri2 yg perlu diambil kira sebelum menceburkan diri dlm pelaburan emas fizikal dlm sesebuah syarikat itu ialah nilai premium, jaminan belian semula dan spread.
Apa pula emas mental? Istilah emas mental mungkin adalah istilah yg baru bagi kita. Dari segi nama pun kita boleh tau, emas mental ni bunyinya pelik. Tapi begitulah naluri pelabur emas mental ini. Emas mental ini tidak semestinya perlu wujud secara fizikal. Ia cuma perlukan “kepercayaan” sahaja dari pelabur2nya utk terus hidup. Syarikat pelaburan emas mental ini x perlu nak buktikan loka…si perniagaan, kaedah operasi, cara pelaburan dan x perlu pun nak tunjukkan emas mereka secara fizikal kpd pelabur. Bagi mereka yg ada IQ yg normal & berfikiran waras, sekelip mata aje boleh tau yg emas mental ni adalah satu penipuan & sebijik macam skim cepat kaya. Tapi perkara ini dah tentu akan dinafikan sekeras2nya oleh pelabur emas mental. dari sudut mana yg lainnya tu x tau la..
Tambahan pula,kepercayaan yg diperlukan utk emas mental itu pula tidak perlu berasas pun. Apa yg penting, pelabur2 itu diberi imbuhan secara berkala. Itu aje dah cukup utk membuatkan mereka percaya bulat2, walaupun syarikat emas mental yg disertai itu tidak diiktiraf,diragui dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut agama dsb. Dan kepercayaan mereka itu x akan sama sekali terhakis, walaupun dilawan dgn hujah yg berilmiah. Mereka cuma akan sedar di kemudian hari apabila syrikat pelaburan mereka itu ditutup atau melarikan diri secara tiba2.
Fikir2kan.. :)
Kredit to :  Dr Mohd Fauzan

Nasihat pelaburan dari saudara Dean Arif dari grup Dinihari dinar

For 2012 and beyond:
1. Avoid all paper investments, paper promises, paper “assets”, unit trusts, insurance, stocks, bonds, FDs and even currencies (those stoopid enough to… buy this Iraqi dinars deserve to be cheated!). In economic depression, a lot of promises will be broken and there’s nothing you can do about it!
2. To earn a living, even a job is no longer secure. So TRADE. Start an honest back-to-basics business. Get-rich-quick schemes doesn’t and will NEVER work (except for the parasites on top of the pyramid). There’s nothing like a good ‘ol trading business that adds value to people. I’d look into plantation and farming.
3. Once you have surplus income, save for rainy days, education and future expansion. The perfect and most efficient storer/preserver of value is precious metals (gold and silver). All others are trash, period.
If you think otherwise and still want to continue with all these scheme, scam and paper ponzi, go ahead.
Baca info dalam blog ini-seperti membaca Ebook berbayar

3 kes pelaburan emas
Soalan :
“boleh saya tau ada skim yang menggunakan investment gold sebagai medium yang semakin menular di malaysia …. mcm mana nak bezakan skim piramid tu dgn investment emas yang betul”
Jawapan :

KES 1

Sy beli emas 1gm=rm150….beli 100gm=rm15000…hrga emas naik 1gm=rm190…sy jual emas 100gm rm19000…sy beli rm15000,jual rm19000…untung rm4000.nmpk!ini investment namanya.
KES2

Sama beli emas 1gm=rm150…beli 100gm-rm15000…tp emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dr pengelola…sy dikerah mcm kerbau mncari org.setiap org yg dpt sy bawa…pengelola bg sy rm400…2 org=rm800.ini bkn investment tp HYIP program.
KES 3

sama harga pasaran emas 1gm=rm150…tp pengelola tk bg hrga ini.dia bg hrga 1gm=rm168…utk emas 100gm kena kluar modal rm16800…bulan2 selama 6bulan pengelola akan bg rm300…duit HIBAH (kata mrka).
cuba teliti semula 16800-15000=rm1800 betul.
rm300 x 6=rm1800
yg ni namanya BULL STUPID DUMBAS INVESTMENT.org2 yg masa sekolah dulu time subjek math aje msti lolap dlm kelas.
senang je nk kira…brapa % sebulan nk bg hibah pd org tu…2,3,4%…katalah 3% selama 6bln.katalah company dpt dr supplier RM165/gm.Hibah nk bg utk selama 6bln=3% x 6=18%…so kira2 dia
RM165 x 18%=29.70…bermakna 1gm kena mark up RM29.70…RM165 + RM29.70=194.70 kena jual pd customer
Contoh kes 2 ialah VGMC dan kes no 3 ialah Genneva
Kredit to : Haniz Zerstoren

Friday, 20 April 2012

Emas sebagai Alternatif Pelaburan




ARKIB : 10/10/2009

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futuresoptions, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


"JANGAN" Simpan EMAS!!



Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.
Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.
Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.
Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya
3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.
Buat pilihan yang terbaik
5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!
6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.
Sokonglah matawang sunnah Islam
7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.

SUMBER : http://jutawangold.com/artikel/7-jangan-dalam-simpanan-emas.html

Monday, 16 April 2012

Emas Cecah RM6,140 Seaun!


Spekulasi dari akhbar tempatan hari ini yang memberi khabaran positif kepada peniaga dan pelabur logam emas semakin menjadi-jadi harganya di pasaran dunia. Jangan tunggu dan lihat. Bertindak sekarang. Aku dah bertindak.. Korang? Inilah keuntungan simpanan EMAS.. 

Tuesday, 10 April 2012

Cinta & Dinar

Dinar emas bernilai tetap dan sifar inflasi. Ia semakin popular dijadikan maskahwin pada masa ini terutama dikalangan pasangan muda yang sedar akan kebaikan menyimpan emas. Persoalannya.. boleh ke ?. 

Untuk menjawab tontonlah video ini..ulasan yang dibuat oleh yang berbahagia Ustaz Azhar Idrus berkaitan maskawin..








Kepada semua  pembaca yang akan bernikah saya ucapakan;


Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”

Tontonlah video ni..Maskawinnya  Emas










Tawarkanlah dinar emas sebagai mahar dan hadiah perkahwinan anda dan berikanlah kepada si dia sesuatu yang mempunnyai nilai sebenar..Jika anda ingin dapatkan dinar emas boleh hubungi saya di talian 012 6176464 atau hubungi nombor rakan-rakan saya yang tertera dilama web ini.

Bagi semua pengantin saya doakan anda semua beroleh bahagia dunia dan akhirat ..amin..



Ikhlas
Ihsan Sabri Lokman
Pengedar sah GCP ad2644
012-6176464

Friday, 6 April 2012

6 Tips Berguna Untuk Urus dan Simpan Wang Anda

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.

Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang.
Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda. Contohnya target dlm tahun ni nak beli motor, 2 thn akan datang nak kahwin. Cara simpanan yang terbaik adalah dengan menyimpan emas/perak. Simpanan emas/perak bermaksud anda menukarkan simpanan WANG KERTAS anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas/perak. Anda juga boleh pelbagaikan jenis corak simpanan anda.




Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda.
Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi. Pastikan setiap Budget bulanan anda ada peruntukan untuk membeli EMAS sekurang-kurangnya 1gram.



Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.
Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak 
wang.



Keempat, berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit.
Anda akan sangat mudah untuk terlebih berbelanja apabila anda menggunakan kad kredit. Jika anda ingin menjimatkan wang, anda perlu berhenti berbelanja lebih dan cuba untuk membayar sesuatu barang dengan wang tunai. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas berapa banyak wang yang masih ada. Dengan simpanan EMAS yang anda miliki, sekiranya anda sangat-sangat memerlukan duit, anda boleh memajakkan EMAS tersebut di mana-mana arrahnu. Dengan itu anda tidak perlu menjual EMAS tersebut. Duit pun dapat.. kos upah juga reñida.

Kelima, bergaul dengan orang yang bijak mengurus wang.
Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka. Di Facebook contohnya terdapat group-group EMAS yang anda boleh join seperti Gold Investor Club.. di samping dapat menambah kenalan, anda juga dapat berkongsi pendapat, ilmu dan pandangan tentang simpanan emas ini.

Keenam, cari beberapa video/buku/ebook (contohnya yang ini) atau sertai seminar yang mengajar bagaimana untuk mengurus dan menyimpan wang
Video atau buku ini mempunyai pengetahuan yang amat berharga dimana ia akan dapat membantu memberi inspirasi kepada anda.