Doa Rasulullah SAW Pada Waktu Pagi & Petang
Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata,"Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:
"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."
(HR. Imam Ahmad)
Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment