Wednesday, 28 December 2011

Antara Gold Bar,Dinar,Barang Kemas,Dirham dan Silver..Yang mana satu

Terdapat pelbagai jenis EMAS yang boleh kita simpan. Tetapi soalan yang sering bermain di fikiran newbiz ialah Emas jenis apa yang patut saya simpan????
Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah..Dirham atau silver?Yang mana satu..
Maka jawapannya ialah bergantung kepada tujuannya masing-masing...
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar.Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.
Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.
Dinar lain yang ada di pasaran mungkin lebih sesuai dijadikan sebagai simpanan (saya kurang minat nak sebut pelaburan).Kerana ia lebih kepada syiling emas kerana tidak diiktiraf oleh pemerintah.Maka dinar jenis ini sesuai sebagai simpanan.
Barang Kemas?
Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :
1.trade ini
2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai
Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.

Silver atau dirham?
Silver terdapat dalam banyak jenis,bar,syiling,dan raw.Walaupun dirham juga silver tetapi tujuan menyimpannya adalah untuk muamalat.Maka simpanlah silver jenis lain sebagai simpanan anda.
Bagi yang ingin menambah stok gold bar atau silver,bolehla hubungi saya atau mana-mana dealer jutawangold berdekatan anda sekarang,sebelum harganya semakin mahal.
SUMBER: Jutawangold.com

No comments:

Post a Comment