Tuesday, 29 May 2012

PILIHLAH DINAR UNTUK DIJADIKAN MAS KAWIN ANDA


PELUAN BELI EMAS DENGAN HARGA BORONG!!!




Monday, 28 May 2012

Peluang Menjadi Usahawan EMAS bersama GCP




Percaturan Shamsul Menjadi- Metro Ahad


Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
MENGUNTUNGKAN…Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
TIGA tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.
  • FotoPERIKSA…pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.


  • FotoBANGGA…Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.

Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34, 
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.
Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru, Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari duit lebih.
“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.
“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.
“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.
Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.
Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.
“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.
“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.
Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.
“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.
“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.
“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.
Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.
“Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.
“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.
“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.
Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.
“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.
“Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.
Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.
Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.
Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.
Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.
“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.
“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.
Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.
Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.
Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung 
kepada duit sebagai aset simpanan.
“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.
“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.
Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan 
emas.
“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.
“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.
“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar 
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.
Sumber : Metro Ahad, 27 April 2012

Monday, 7 May 2012

Modal emas vs Tabungan emas


Assalammualaikum..
Dalam entry kali ini,saya ingin kongsikan perkongsian dari sifu saya Jutawangold.com mengenai trend pelaburan/simpanan emas di Malaysia yang semakin berkembang sejak tahun 2008.Terkejut?Sebenarnya lebih awal dari itu pun ada yang dah bermula,tapi bilangannya agak sedikit.Hanya selepas tahun 2009 semakin ramai yang beralih arah kepada simpanan emas.Dan jumlahnya terus bertambah sehingga kini.
Emas adalah wang yang ada nilai intrinsik di dalamnya
Saya lebih suka menyebut emas sebagai simpanan emas kerana inilah tanggapan saya terhadap emas.
Emas adalah wang yang sebenar
Kenapa?
Teruskan membaca,InsyaAllah anda akan faham.
Simpanan atau pelaburan?
Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di bank,amanah saham dan unit trust.Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabung pendidikan anak-anak dan tujuan kecemasan.Simpanan emas bersifat jangka masa panjang,mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun.Jangka masa sederhana pula ialah sekitar 4-5 tahun.
Emas menguntungkan penyimpannya untuk jangka masa panjang
“Saya ingin membeli emas,nanti harga dah naik,saya nak jual”…ini biasa diajukan kepada saya.
Ya..inilah yang dinamakan pelaburan.Jual emas selepas kenaikan harga.Prinsip ini dinamakan‘buy low,sell high’.
Biasanya saya akan tanya kembali ” dapat duit hasil jualan emas tersebut,nak buat apa?”
Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain seperti rumah,tanah dan nak buat modal bisnes..go on.
Ada juga yang menjual semasa harga tinggi,dan merancang untuk membeli semula semasa harga rendah.Tak sesuai untuk orang yang tak ada kemahiran dan sibuk macam saya sebab saya suka beli dan tunggu,bukan tunggu baru beli.Kalau dah beli pun saya buat-buat tak ingat,tak adalah nak tengok harga selalu :)
(Tapi memang awal2 beli emas dulu saya pun teruja hari2 nak tengok harga emas naik atau tidak..masa tu kurang ilmu lagi :)
Jadi,pesanan saya pada orang baru,mahupun lama yang suka sangat tengok harga emas hari-hari itu,cubalah kurangkan,lainlah kalau nak menjual,memang kena tengok. .hehe..
Sebenarnya,bila kita anggap emas sebagai simpanan,tak semestinya kita tidak buat pelaburan.Sebagai contoh:
Contoh 1
Jika anda menyimpan 10g setiap tahun bagi seorang anak,untuk menampung pengajiannya sejak dia lahir lagi,maka 18 tahun kemudian jumlah terkumpul ialah 180g.
Agak-agak 18 tahun lagi berapa harga emas tersebut?Secara tidak langsung kita telah pun melabur juga sebenarnya,tapi melabur dengan matlamat jangka masa panjang.
Contoh 2 :
Ahmad menyimpan emas sedikit demi sedikit :
-20g setahun untuk menampung kos perkahwinannya
100g emas cukup untuk sebuah majlis perkahwinan yang sederhana
-10g setahun untuk menunaikan haji
Simpan emas bar atau dinar untuk pergi haji-bilangan dinar yang diperlukan semakin berkurangan
-20g setahun masuk dalam tabung simpanan jangka masa panjang (mungkin untuk diwariskan pada anak-anak)
-10g setahun untuk keperluan hari tua
Semua yang disebutkan di atas adalah perancangan untuk masa depan kita dan bersifat “long term” (jangka masa panjang).Kalau mampu simpan lebih,simpan lebih gram,jika tak mampu jangan tak simpan langsung,simpanlah walaupun sedikit,contohnya 1 gram sebulan.
Jadi semua golongan boleh mula menyimpan emas kerana kini amat mudah untuk mendapati emas dalam gram yang kecil seperti gold bar 1 gram dan barang kemas 1- 5 gram.Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal.(Emas tak pernah murah,dari dulu hingga kini).
Satu masa nanti,bukankah bila Ahmad menjual emasnya, katalah beberapa tahun akan datang,pada waktu itu harga emas sudah tinggi berbanding sekarang?
Inilah yang saya katakan sebagai menyimpan sambil melabur juga secara tak langsung.
Orang yang melabur semata-mata boleh jadi dia kurang “menyimpan” emas,tetapi penyimpan emas,boleh simpan sambil melabur.Pilihan di tangan anda.

Emas adalah wang
Ya,emas adalah wang yang sebenar.Wang kertas yang anda pegang itu juga memang wang,yang diperakui nilainya oleh kerajaan yang memerintah.Tapi ia bersandarkan apa?
Bukankah semua yang mempunyai takrifan perlu ada unit yang disandarkan,sebagai contoh :
Masa=s
Panjang=m
Berat =g
Wang kertas =?
Tukar wang kepada emas

Tiada.Ya,tiada sandaran sebagaimana yang diwar warkan sesetengah pihak,bahawasanya wang kertas dicetak berdasarkan rizab emas negara.Jika benar,mengapa inflasi terus berlaku dan mengapa wang kertas terus susut nilai dari semasa ke semasa?
Inilah yang membuktikan emas adalah wang yang sebenar.Ia adalah penyimpan nilai yang baik.Sebab itu selamat siapa yang menganggap emas sebagai simpanan.Selalu saya jumpa,orang yang menganggap emas sebagai pelaburan,kecewa bila nak jual dalam jangka masa pendek,kerana graf emas sedang menurun dan belum melepasi harga yang dibelinya dulu jika jual.Inilah yang sering terjadi akibat ingin keuntungan jangka masa pendek.Namun tak dinafikan,ramai juga yang berjaya menjadi pelabur yang baik dengan pelbagai teknik dan menambah jumlah simpanan emas mereka.Tak salah.
Tapi bagi saya yang sibuk,dan tak ada masa nak mengadap harga emas dan graf turun-naiknya,lebih selesa sebagai penyimpan emas.Beli-simpan-tidur dengan lena.Pejam celik selepas beberapa tahun,emas pun makin bertambah hasil pembelian secara konsisten dan harganya pun makin naik. :)
Perlu modal untuk beli emas?
Jika saya tanya anda,adakah anda membuat simpanan wang di bank sebelum ini,atau pun tabungan di rumah?
Jika ya,jawab soalan saya seterusnya.
Adakah anda perlukan modal untuk mula menyimpan wang untuk digunakan bila kecemasan atau tabungan untuk masa depan anda tersebut?
Semua orang mula menyimpan sedikit demi sedikit,hasil penjimatan dan hasil lebihan gaji mereka.So,tiada modal yang diperlukan bukan?Cukup anda bermula sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.Yang penting>KONSISTEN.
Pelbagaikan jenis simpanan emas anda dalam bentuk dinar,gold bar dan barang kemas
Apa yang saya hendak betulkan di sini ialah,ramai menganggap beli emas perlukan modal dan modalnya mesti besar.Inilah kesilapan ramai orang,bila menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata.Sedangkan pada zaman dahulu,emas dan perak telah pun dijadikan matawang untuk jual-beli.Jadi,kalau nak simpan untuk jangka masa panjang,simpanlah dalam bentuk logam berharga.
Tabungan emas
Sebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank,begitulah juga konsep simpanan emas ini.Simpanlah mengikut kemampuan,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit emas.Sebagaimana anda berlumba-lumba menambah simpanan wang di bank,amanah saham,begitu juga anda perlu ubah persepsi anda sekarang.Tapi,janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas,cukuplah 50%-80% dari simpanan,mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing.Saya sendiri sudah menukarkan simpanan saya dalam bentuk emas sehingga 90% kerana saya juga merupakan pengedar emas.Jadi,saya boleh jual emas saya dengan mudah ikut harga semasa kerana ada permintaan.Selebihnya lebih kurang 10% saya simpan dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera.
Simpanlah dengan niat untuk :
-Tabungan untuk diri sendiri
-Pendidikan anak-anak
-Tunaikan haji
-Tampung kos perkahwinan
-Diwariskan kepada anak-anak sebagai pusaka
-Diinfakkan sebahagian ke jalan Allah swt
-Jika cukup haul dan nisab,maka bersyukurlah kerana menjadi salah seorang yang layak membayar zakat.
Anak anda tak memerlukan pinjaman ini jika anda sudah menyimpan emas dari mereka kecil
Menabunglah dalam bentuk emas & perak dari sekarang jangan tunggu ada duit yang banyak baru nak mula.Mulakan sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.Sekiranya anda mendapat bonus mahupun tunggakan gaji,maka jangan bazirkannya untuk perkara yang kurang berfaedah sebaliknya manfaatkanlah sebaik mungkin.
Pengalaman saya,inilah masanya untuk saya menambah stok simpanan emas saya,biarlah saya tak bergaya dengan hand bag baru,beg baru ,pakaian mengikut trend,tudung mengikut fesyen mahupun kasut baru.Saya memang kurang minat membazir dan membeli bila ada keperluan,jarang sangat ikut kehendak hati.Namun sejak mengenali simpanan emas,saya menjadi lebih berhati-hati supaya tidak membazir (2 kali ganda? )… ;)
Simpan emas sikit-sikit,lama-lama jadi bukit

Jika anda berminat untuk membuat belian bulanan secara konsisten mahupun mengikut kemampuan serta mendapatkan harga termurah di pasaran ,ada tawaran menarik menanti anda.Tawaran promosi menjadi pengedar emas dengan modal cuma RM1k  dan akan ditutup pada 13 Mei 2012.Rebutlah peluang ini sekarang.Sila belek artikel sepanjang bulan lepas atau email kepada saya untuk maklumat lanjut :esan_2309@yahoo.com atau hubungi saya di talian hotline 012-6176464 (Ihsan)
Boleh juga klik sini untuk lebih info >
Jadi pengedar bukanlah untuk meniaga emas semata-mata,tapi untuk dapatkan emas termurah.Meniaga adalah pilihan kepada yang nak menjana pendapatan atau keuntungan yang lebih.
Dapatkan harga termurah dengan sekali daftar,free kurier seumur hidup
Liputan mengenai perniagaan emas yang dikatakan sebagai perniagaan”hot” sekarang oleh Jutawan Internet,Irfan Khairi dalam majalah IK (Inspirasi Kekayaan) edisi terkini (02).Menariknya,gambar dinar GCP dijadikan salah satu gambar dalam artikel tersebut. :)

Menjadi pilihan ramai orang sekarang kerana boleh dilakukan secara sambilan