Wednesday 18 January 2012

Tambat Mata Wang Ikut Nilai Emas - Dr. M

Wednesday, January 18, 2012


Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.
Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.
Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.
"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.
"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.
"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.

Tuesday 17 January 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020-Berita Harian

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Sumber :Berita Harian , Jan 2012

Saturday 14 January 2012

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012



GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.


LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.
Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.
"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.
"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.
Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.
Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.
Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.
"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.
"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP

Friday 13 January 2012

Zakat emas perhiasan, apa dalil dan hujahnya?



Ada orang yang mengaji fikah, mungkin mempertikaikan kenapa LZS mengenakan zakat ke atas emas yang dipakai. Bukankah ada ulamak fikah yang membolehkannya bahkan pandangan yang kuat daripada Mazhab Syafie juga tidak mewajibkan zakat ke atas emas yang dijadikan perhiasan wanita.

Nah! Mari kita telusuri perkara berikut.
Persoalan di atas adalah dia antara soalan yang agak popular di kalangan muslimah. Mereka mempunyai anggapan bahawa emas perhiasan yang dipakai di tubuh mereka langsung tidak payah diambil kira dalam taksiran zakat. Jika saya memberikan jawapan, maka saya selalunya mengambil pendekatan mudah. Jawapan saya: “Dalam Islam, Islam sememangnya meraikan fitrah dan naluri wanita yang inginkan perhiasan. Wanita dan emas sudah sebati. Mana ada orang perempuan yang tak gemarkan perhiasan.
“Namun begitu, Islam juga mahu agar dalam berhias agar tidak terlalu melampau dan membawa kepada berlebih-lebihan. Maka itulah, di Selangor kita menggunakan kaedah emas yang dipakai wajib dizakatkan apabila ia melebihi daripada kadar kebiasaan pemakaian atau dipanggil ‘uruf’. Uruf ni pula berbeza-besa mengikut negeri. Di Selangor urufnya berdasarkan berat, iaitu 800 gram emas. Maknanya, jika ada orang perempuan yang memakai emas melebihi 800 gram, maka wajiblah zakat ke atas emas yang dipakai itu.”
Ramai juga yang terkeliru, apakah maksud dipakai? Mestikah dipakai emas itu sepanjang masa, yakni sepanjang tahun agar ia menjadi cukup hawl?
Jawapan saya: “Jika puan-puan pakai emas itu sepanjang masa, bayangkanlah…800 gram emas, hampir sekilo beratnya. Maka, bayangkanlah betapa beratnya jika ia tersangkut pada tubuh badan kita. Mahu melelong jika berjalan.
“Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan dipakai itu ialah, emas berkenaan dipakai walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun. Namun, sekali itu ialah pemakaian yang menepati maksud pakailah. Bukan main ambil cincin atau subang, sarung kejap, ketik kejap kat telinga lepas tu buka balik. Itu bukannya pakai. Maksud pakai ialah kadar biasa dipakai. Mungkin ada orang pakai sejam sebab nak pergi kenduri, lepas tu buka balik. Itu pun dikira emas yang dipakailah.”
Sebenarnya para pembaca budiman sekalian, memang ada dua pendapat di kalangan ulamak mengenai zakat emas perhiasan yang dipakai ini. Antum boleh rujuklah dalam mana-mana kitab fikah yang banyak ada di perpustakaan itu. Di sini saya cadangkan satu, iaitu Kitab Ensaiklopedia Fiqh Wanita (Puasa dan Zakat) karangan Dr Abd al-Karim Zaidan atau dalam edisi Arabnya al-Mufasshal fi ahkam al-Mar’ah wa al-bayt al-Muslim fi al-Syari’ah al-Islamiyyah (mak aih…panjangnya tajuk kitab), terbitan Mu’assasah ar-Risalah, Beirut, Syria.
Kitab ini menarik kerana ia membahaskan hukum seputar zakat berdasarkan kepelbagaian mazhab fikah, tak tertakluk kepada as-Syafie sahaja. Pada Jilid Ke-2 kitab ini, ada dibahaskan: ‘Adakah perhiasan yang digunakan oleh wanita tidak wajib dizakatkan?’
Sesungguhnya perbezaan pendapat dalam bab perhiasan wanita yang dipakai ini dapat kita rujuk kepada dua pendapat. Pertama, pandangan yang mewajibkannya yang dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, Sa’id bin al-Musayyab, Sa’id bin Jabir, ‘Atha’, Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.
Kedua, pendapat yang mengatakan emas yang dipakai sebagai perhiasan maka tak wajib zakat ke atasnya, sebagaimana yang dikeluarkan oleh ‘Abdullah bin Umar, ‘Aisyah, jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma’ binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hanbali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja’fariyyah juga mendokong pendapat kedua ni.
Mari kita lihat, apa dalil pendapat pertama.
1. Mereka menyandarkan kepada firman Allah SWT di dalam at-taubah ayat 34: “…dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka seksa yang pedih.”
2. Juga daripada sabda Nabi SAW: “Keluarkanlah zakat harta kekayaan kamu sekalian agar menjadi bersih jiwamu.”
3. Perhiasan wanita adalah lebihan daripada keperluan asasi.
4. Juga pelbagai dalil daripada al-hadis yang lain yang mana kesimpulannya, emas dan perak yang dijadikan perhiasan adalah lebih awla untuk dizakatkan.
Manaka pendapat kedua pula membawakan hujah-hujah:
1. Hadis Nabi SAW: “Tiada zakat dalam perhiasan.”
2. Riwayat ‘Aisyah dan anak saudaranya yang tidak mengeluarkan zakat daripada perhiasan.
3. Perhiasan untuk wanita adalah dibolehkan agama untuk wanita maka ia tidak wajib dizakatkan sebagaimana lembu yang digunakan untuk berladang tidak dikenakan zakat ternakan (atas illah ia bukan harta yang berkembang – an-nama’).
4. Juga beberapa pandangan sahabat yang lain.
Kesimpulan oleh Dr Abdul Karim Zaidan, beliau sebenarnya lebih cenderung kepada pandangan kedua, iaitu tidak dikenakan zakat ke atas emas atau perak yang dijadikan perhiasan wanita. Ini kerana, beliau berpandangan:
1. Demi kelestarian perkahwinan, maka wanita perlu menjaga penampilannya dan berhias adalah satu tuntutan. Termasuklah dalam hak memakai emas ini demi sentiasa menambat hati si suami.
2. Untuk mendorong wanita berhias ialah apabila zakat tidak dikenakan pada emas yang mereka pakai, jika dikenakan juga zakat, maka hilanglah keghairahan mereka untuk berhias bagi mendokong perkara 1 di atas.
Kesimpulan saya pula yang tak berapa pandai ni, sebab itulah di Malaysia khususnya kita menggunakan kaedah MELEBIHI URUF baharu diwajibkan zakat. Ini kerana, jika si wanita sekadar memakai emas perhiasan yang tidak melebihi uruf, maka itu adalah biasa. Sekadar sebentuk dua cincin di jari tangan, seurat dua rantai di leher, dua pasang anting-anting…masih dianggap biasa. Tetapi jika sudah sampai ada peti khas, sampai dah tak ingat yang mana satu sudah dipakai yang mana belum dipakai, itu sudah masuk bab berlebih-lebihan dan bagi saya, wajarlah dizakatkan. Hal ini selaras dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 219:
“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang LEBIH dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.”
Wallahua’lam.

Sumber: Admin: blog e-zakat

Saturday 7 January 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns


2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank. 

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global. 

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu. 

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu. 

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan. 
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu. 

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA 


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasdijangkanaikRM5_662seauns/Article

Pengumuman

SEMINAR SIMPANAN EMAS & PERNIAGAAN EMAS GCP - Masuk Percuma!
Anjuran bersama : Pejabat Urusan Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad
Tarikh : 15/1/2012 (Ahad) 
Masa : 0800mlm - 1100mlm
Tempat : Lecture Theater 1, Kampus Universiti Selangor Shah Alam

Pengesahan kehadiran, sila hubungi :-
Mohd Fauzainudin Nordin (wakil UNISEL) 017-3987123
Mohd Sazipon Bin Mazlan (wakil Gold Investor Club) 0133572622

seminar emas PERCUMA - Ketahui Cara Simpanan Emas Yang Menguntunngkan

Salam..
Saya ingin menjemput pembaca blog untuk hadir ke seminar emas PERCUMAyang dianjurkan oleh team Jutawangold sepanjang bulan Januari ini.
Jumpa kami di seminar emas yang julung kali diadakan bersama team Jutawangold ini.
Untuk mendaftar,hanya perlu menaip ” nama ,lokasi ” dan hantar ke 019-9708897.Jika lebih dari seorang,boleh sertakan nama yang berkenaan.
Tempat terhad..sila daftar segera

Sunday 1 January 2012

Emas untuk Wang

Emas untuk Wang

 Emas untuk wang kerana ianya adalah pelaburan yang asli.
Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.
Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.
Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi perbuatan Ini juga emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi.
Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dantidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan.
Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai asset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa dan emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat.


Mengapa Emas


Perbezaan antara asset:
Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.

Definasi sebenar
Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

Definasi untuk mengurangkan risiko
Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

I. Emas – Harga Simpanan
Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar
Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional  termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.
III. Menutup berlakunya Inflasi
Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.

Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974  turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari  US$178.33 ke US$631.40.

IV. Emas – antara pertukaran dollar
Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.

V. Emas adalah selamat
Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.

VI. EMAS – bekalan dan pemintaan
Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan  $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

Kredit to Jutawangold.com

Pelaburan Emas di Malaysia (Video)

Sebab Perlu Jadi Dealer Emas Yang Jarang Anda Dengar

Sebab Perlu Jadi Dealer Emas Yang Jarang Anda Dengar

Dahulu,sesiapa yang mempunyai kedai emas akan digelar tokey emas.Membuka kedai emas perlukan modal berjuta,dan tokey emas dilihat sebagai orang yang kaya.Kini zaman sudah berubah.Kehadiran beberapa buah syarikat yang menjual emas,perak,dinar dan barang kemas menawarkan orang ramai untuk menjadi pengedar (dealer) mereka seterusnya memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi tokey emas tanpa perlu membuka kedai.
Menjadi pengedar emas secara sambilan pun boleh mendatangkan hasil jika betul cara pemasaran anda.Ilmu yang anda harus ada tentang emas juga penting dan membantu anda berhadapan dengan pelbagai soalan pelanggan.Bayangkan tanpa ilmu tentang emas,bagaimana anda tergagap menjawab soalan pelanggan yang pelbagai versi.
Ingat,pelanggan zaman kini adalah pelanggan yang dahagakan maklumat.Mereka tidak akan membeli sesuatu tanpa mengkaji tentangnya. “Emas berharga,semua orang tahu,zaman atuk nenek saya pun dah mula simpan emas,buat apa saya cerita lagi?”
Ya…memang betul,dari dulu sehingga kini,memang semua orang tahu emas berharga.Tapi ada yang mereka tak tahu,iaitu sebab-sebab  perlu simpan emas.Ini telah saya huraikan di dalam artikel terdahulu.Inilah yang perlu anda sebarkan dan ceritakan kepada orang lain.
Ramai yang mendakwa,simpan emas sambil menjual beli emas memang menguntungkan.Sekarang ini macam-macam boleh dilakukan untuk memanipulasikan emas untuk keuntungan.Adakah sebab ini sahaja untuk kita menjadi dealer emas?

Jawapannya tidak.Peranan seorang dealer sebenarnya lebih dari itu.Keuntungan adalah bonus bagi anda dan rezeki dari Allah swt.Baca sebab berikut :
1.Dealer emas merupakan “agen” dalam menyebarkan kebaikan emas sebagai penyimpan nilai yang baik,kalis inflasi dan stabil.
2.Dealer emas bertanggungjawab menyedarkan orang ramai tentang sejarah wang kertas,dan bagaimana kapitalis menguasai dunia dan merompak kita dengan mencetak wang sesuka hati.
3.Dealer emas harus memberi penjelasan perkaitan emas dengan wang kertas.

4.Dealer emas boleh membekalkan emas kepada orang ramai yang hendak menukarkan wang kertas mereka kepada emas.
5.Dealer emas berperanan menyebarkan tentang DnD (Dinar dan Dirham) setelah berjaya mengikis anggapan orang ramai  bahawa menyimpan wang kertas lebih baik.


Menyimpan Emas lebih baik dari Wang Kertas
Kesannya?
Jika dealer emas dapat memainkan peranan dengan memberi ilmu yang betul kepada orang ramai,maka orang tidak akan berebut-rebut simpan wang kertas lagi.Jumlah wang kertas yang disimpan di bank akan berkurangan dan rezab emas dalam negara bertambah.Rakyat lebih banyak memiliki emas dari wang kertas,sistem bank mungkin lumpuh dan kita mampu merealisasikan penggunaan DnD untuk tujuan muamalat.
Inilah sebab anda perlu jadi dealer emas.Selain dapat menambahkan pendapatan,peranan anda besar sebenarnya sama ada anda  sedar atau tidak.Menjadi dealer emas kini anda mempunyai beberapa pilihan.Public Gold menawarkan menjadi dealer emas dengan belian dalam satu resit rm20k.Anda akan mendapat produk dengan nilai tersebut,dan produk anda boleh pilih sendiri.Pilihan yang ada adalah gold bar,dinar,barang kemas dan perak pelbagai berat dan ketulenan 999 (24k) dan 916 (22k).GCP pula syarikat yang menawarkan untuk menjadi dealer emas dengan serendah rm600 (percuma penghantaran seumur hidup) dan rm1k dengan penghantaran percuma seumur hidup disertai  kit peralatan pengedar.Produk mereka ialah gold bar 999,dinar 999 dan rantai tangan/rantai leher emas 999.Apakah kelebihan dan kekurangan kedua syarikat ini?Nanti saya akan bincangkannya dalam artikel yang lain pula.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut,boleh hubungi saya 012-6176464  kerana saya agen berdaftar untuk syarikat GCP

Thanks to Jutawangold.com

Dealer RM20k atau Dealer RM11k+ ? -Jutawangold.com

Dealer RM20k atau Dealer RM11k+ ?




Salam…
Hari ini saya akan mengupas tentang Dealer Public Gold dan Dealer GCP.Bagi yang sudah biasa dengan kedua syarikat ini,mungkin sudah mengenali profil syarikat.Bagi yang masih baru dalam simpanan/pelaburan emas mungkin nama-nama syarikat ini masih terasa janggal kedengaran.Saya telah mengenali syarikat Public Gold sejak tahun 2008 lagi.Menjadi dealer Public Gold(PG) pada tahun lepas.Syarikat GCP pula telah wujud sejak 2009 dan mula meningkat naik sejak tahun 2010.Saya menyertai syarikat GCP ini pada awal Januari 2011.Niat asal hanya ingin membeli Rantai tangan 999,tetapi saya mengambil keputusan yang lebih jauh untuk mendaftar sebagai pengedar yang sah.
Bagi saya yang menyertai kedua-dua syarikat ini,masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu menawarkan pilihan kepada pelanggan.Jika saya ditanya produk/syarikat manakah yang lebih baik,saya memilih untuk menceritakan pro dan kontra kedua syarikat ini.Saya juga akan bertanyakan tujuan simpanan/pelaburan atau matlamat bisnes.Saya akan cuba memberi pandangan saya dan membiarkan pelanggan membuat pilihan.

Public Fine Gold International Sdn Bhd (PFGISB)


Gold Crest Pavillion (GCP)


Saya akan cuba memberi serba sedikit maklumat mengenai kedua syarikat ini
Sesuai dibaca oleh bakal dealer/pembeli..

Penubuhan :
PG- sejak tahun 2008
GCP-sejak tahun 2009

Kos Menjadi Dealer :
PG- RM20k
Satu permulaan yang cukup baik.Ini kerana dengan RM20k tersebut anda dapat memiliki stok emas dan memudahkan urusan anda untuk mempromosikan emas.Bercerita dengan orang tentang emas berbanding bercerita sambil menunjukkan produk emas memberikan kesan yang berbeza kepada pembeli.Anda juga boleh memastikan stok anda sentiasa mencukupi dan sentiasa ‘restock’ apabila ada jualan berlaku


GCP-RM11k+

GCP menawarkan untuk menjadi dealer dengan serendah RM600 atau RM1k (mendapat peralatan pengedar emas)pada awal penubuhannya.Namun sejak Jun 2011,kos dealer telah dinaikkan sebanyak RM1k dan pembelian wajib 3 item iaitu dinar 999,bar GCP 10g dan RT 10g 999.Mulai 1 Jan pula kos telah dinaikkan menjadi RM11k+ (kos jadi dealer RM1k dan pembelian produk berjumlah RM10k)

Pendaftaran sebagai dealer GCP  melayakkan anda menerima perkhidmatan kos penghantaran percuma seumur hidup.Untuk memiliki stok,anda perlu mempunyai modal lain jika mengikut syarat terdahulu.Dahulu,sekiranya modal anda tak besar,anda boleh memilih untuk menjadikan beberapa produk sebagai ‘sample’.Contohnya,sekeping gold bar,sekeping dinar dan seutas Rantai Tangan emas 999.Jika ada modal yang lebih besar,gunakan sebaiknya untuk menambah stok.Stok ini juga merupakan aset anda.Namun dengan syarat baru iaitu pembelian wajib produk memastikan dealer baru dapat terus menyimpan emas seterusnya menjalankan terus perniagaan emas.

Produk :

PG – gold bar 10g,20g,50g 100g dan 250 emas 999.9
Dinar (1,5 dan 10 dinar) emas 916
Silver bar 250g,500g dan 1kg 999.9
Barang kemas emas 916 dan terkini barang kemas jenama i series


GCP- gold bar gcp 10g,20g,50g dan 100g
Dinar emas 999
RT (rantai tgn ) 10g-50g emas 999
RL (rantai leher) 30g+ – 100g
Pamp Suisse (harga dipaparkan utk dealer sahaja)..maybe sbb stok kurang.Namun untuk menjual balik Pamp Suisse kepada GCP tak kira di mana anda ,memang boleh.Asalkan emas boleh dijual kepada GCP kerana ia menawarkan harga tertinggi untuk emas terpakai.

Ganjaran Syarikat:

PG – 3 lapis : Dealer(D),Priority Dealer(PD) dan Master Dealer(MD).PD mendapat 0.5% dari Dealer  (D) yang ditaja,manakala MD mendapat 0.5% dari Priority Dealer ( PD) dan 1% dri Dealer (D)

GCP- 1 lapis :introducer dapat rm100 ‘dealer get dealer’ komisen dan rm1/gram bagi setiap jualan dealer di bawahnya.Jika dalam 1 bulan mendapat 10 orang dealer atau lebih akan mendapat lagi ganjaran lain dari syarikat iaitu tambahan RM100 bagi setiap dealer baru yang menyertainya.

Target Jualan :

PG -Tiada target jualan kerana PG bukanlah syarikat MLM.Bagi yang inginkan insentif sebagai Master Dealer boleh berusaha untuk mencapai target Sales RM500k dalam masa setahun dan layak menikmati komisen 2%.Bagi Normal Dealer yang mendaftar dealer dengan bermodalkan RM20k,anda layak mengumpul sales untuk menjadi Priority Dealer dan boleh dapat komisen 1.5%.Target sales hanya jika anda ingin nama anda kekal di website Public Gold,jika tiada sales sekalipun,walaupun nama digugurkan dari web,anda tetap dealer rasmi Public Gold.Tiada nama di web PG bukanlah masalah besar kerana ramai yang berjaya majoritinya hasil usaha mereka sendiri,anda juga boleh cipta blog anda sendiri.


GCP- Tiada


Harga produk :
PG- harga  yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer 1%-2% dari hrga tersebut.Gold bar dan silver ada caj pengangkutan (untuk kawasan luar Penang).RM10 untuk gold bar 20g,RM20 – gold bar 50g dan rm30 -gold bar 100g.Tiada caj pengangkutan untuk dinar.Ringkasan:dealer perlu  bayar full ikut harga web, pengurangan 1-2% akan diberi dalam bentuk komisyen sebulan sekali.


GCP- harga yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer akan dpt di login oleh dealer berdaftar.Harga dealer kurang 5%-8% dari harga pelanggan.Ringkasan :dealer tidak perlu bayar full ikut harga web. Sebaliknya bayar jumlah yang telah  ditolak 5-10% dari harga web (hanya dealer boleh login untuk melihat harga dealer).Ini bermakna anda akan terus mendapat keuntungan runcit.

Perkhidmatan:
PG- Produk boleh ditempah 24 jam 7 hari seminggu.Harus lock harga dan harga produk berubah 20 minit sekali berkadaran dengan harga spot gold.

Bagi pelanggan yang ingin membeli produk Public Gold,anda boleh menghubungi dealer untuk memudahkan urusan anda.Jika anda mengambil keputusan untuk terus pergi ke cawangan mengambil emas,anda harus menunggu juga dan jika anda tidak mempunyai ‘introducer’,di borang tersebut ‘staff ‘ akan isikan pihak syarikat sebagai ‘introducer’.Maka pilihan yang ada ialah pilihlah seorang introducer dan sebaiknya maklumkan kepadanya agar dapat membantu anda.Contoh,anda boleh letakkan MD Jutawangold- Mohd Selodi bin Md Ghazali ,kod agen A1105 sebagai introducer ataupun mana-mana dealer di bawah rangkaian Jutawangold.
Urusan menjadi dealer atau membeli boleh dilakukan melalui sms,web,dan email.

GCP- Produk boleh ditempah 24 jam 7 hari seminggu.Harga diupdate 2 kali sehari iaitu pada pukul 10am dan 6pm.Anda harus membeli produk melalui dealer.Jika anda tidak mempunyai ‘introducer’ pihak syarikat akan meminta anda mencari ‘introducer’ yang terdekat dengan kawasan anda atau yang anda kenali secara online.Isikan nama dan kod agen mereka semasa mengisi borang pendaftaran di web GCP.
Urusan menjadi dealer harus melalui web  dan pembelian boleh melalui tempahan telefon dan online di web.


Serahan produk :

PG- perlu ambil sendiri di cawangan-cawangan yang ada mengikut tarikh yang ditetapkan.Namun bagi pelanggan yang membeli dengan dealer,urusan anda menjadi mudah kerana tidak perlu berurusan dengan cawangan.

GCP- membuat penghantaran produk yang ditempah  by kurier,terus sampai ke rumah dealer .Kehilangan produk ditanggung oleh syarikat.Haruslah membuat laporan polis.
Menyediakan modal untuk belian balik dari pelanggan.Ini memberi kelebihan kepada dealer untuk membeli emas terpakai dari pelanggan walaupun tiada modal dan mendapat keuntungan.GCP juga menawarkan perkhidmatan menghantar produk terus kepada pelanggan,namun kehilangan tidak dijamin.Dealer harus menandatangani surat akuan akan bertanggungjawab dengan kehilangan barang kepada pelanggan.

Komisen:

PG- 1%- 2% (ikut level dealer) dari harga web.Dibayar sebulan sekali,biasanya 20hb setiap bulan.Dealer tak dapat memberi ‘less’ yang banyak kepada pelanggan  kerana mereka tak untung banyak tapi dealer still boleh untung jika menyusun strategi yang mantap.Semua ini boleh dipelajari dari introducer yang boleh membimbing anda.Pastikan anda tidak tersalah pilih. introducer.
GCP- Mendapat kelebihan membeli dengan harga dealer iaitu  5%-8% dari harga yang dipaparkan  di web.Ini menyebabkan dealer boleh memberi ‘less’ kepada pelanggan dan ada juga yang mengikut harga web.Ini tidak boleh dipertikaikan kerana dealer mengeluarkan modal untuk menjadi dealer dan jika anda ingin membeli produk dengan harga lebih murah,anda boleh hubungi saya untuk menjadi dealer.


Spread produk :
Spread adalah beza harga jual(we sell)  dan harga beli (we buy)
PG – 5%-6%.Beli balik dengan harga yang lebih tinggi.Sesuai utk tujuan pelaburan dan simpanan pun sesuai.

GCP -Spread lebih besar.Kalau nak untung,perlu simpan lebih lama.Sesuai sebagai simpanan jangka masa panjang.
Inisiatif dealer,ada yang kecikkan spread dengan cara memberi diskaun kepada pelanggan(bergantung kpd dealer),dengan ini harganya tidak jauh beza dgn produk PG.Semasa beli balik pun,boleh ambil dengan harga yang lebih tinggi terutamanya kepada pelanggan setia anda.

Prosedur membeli produk :

PG-jika melalui dealer,amat mudah.Jika ambil sendiri di cawangan,anda harus mengikut step : order (melalui dealer pun boleh)> terima sales order > bank in bayaran > email atau fax >maklumkan ke HQ Penang dan maklumkan ingin ambil produk di mana> tel ke cawangan untuk mengetahui bila boleh ambil stok >sehari sebelum ambil stok,hubungi cawangan dahulu untuk mereka membuat persediaan dan memaklumkan anda jika stok habis pada hari tersebut.
GCP- perlu membeli melalui dealer.Jika dealer tidak mempunyai stok,dealer harus membuat tempahan.Jika mengambil terus di cawangan,boleh dapat segera,manakala melalui kurier mengambil masa 5-7 hari dan jika bernasib baik tak sampai 2 hari.

Jualan balik (buyback)
PG- sebagai pembeli,pilihan yang ada :
- Jual semula kepada agen,end user ataupun pihak syarikat sendiri.Anda boleh terus ke cawangan terdekat dan mereka akan kira ikut harga sewaktu anda berurusan.Cara lain,anda boleh lock price harga we buy tetapi haruslah bawa produk ke cawangan dalam masa 24 jam,jika tidak nama anda akan blacklist.Bayaran akan dibuat terus ke akaun anda dalam tempoh 24-48jam.Jika inginkan wang segera bolehla berurusan dengan dealer kerana dapat tunai on the spot.

Dealer-boleh jual kepada pelanggan,rakan dealer yang ingin tambah stok atau restock produk mereka.Dealer juga boleh jual kepada pihak syarikat dan layak mendapat komisen sebanyak 0.5%.

GCP – pembeli :
Sama macam anda hendak jual produk PG,bezanya anda harus ke Nilai,Negeri Sembilan iaitu ofis utama GCP untuk menjual.Anda boleh hantar produk tersebut melalui kurier namun risiko ditanggung sendiri.Oleh itu anda boleh menjual kepada dealer.

Dealer GCP- boleh jual kepada pelanggan,dealer lain yang ingin tambah stok atau restock atau syarikat.Harga belian semula dealer adalah lebih tinggi berbanding pelanggan.

Kesimpulannya,sebagai pembeli anda boleh membuat pilihan yang terbaik setelah mempertimbangkan perkara yang telah dibincangkan di atas dan sesuaikan dengan matlamat simpanan/pelaburan anda.Jika anda ingin menjadi peniaga pun,kedua syarikat ini menawarkan peluang yang baik untuk anda menambahkan pendapatan sampingan.Namun,ilmu tentang emas haruslah mantap supaya anda mampu memberikan penerangan yang jelas kepada pembeli.

Sumber: Jutawangold.com